PISMP GSTT BM2

PISMP GSTT BM2

REFLEKSI

REFLEKSI



MINGGU PERTAMA  
        Pada minggu pertama, saya dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk  mencari  bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Msn dan sebagainya. Semua bahan yang diperoleh itu pula perlu disimpan  dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog internet. Bagi Alamat Internet. Bahan yang diperoleh tersebut mestilah merupakan bahan pengajaran yang bermakna dalam pembelajaran.

Melalui tugasan  ini, banyak manfaat yang saya perolehi seperti saya sudah  boleh menggunakan enjin carian yang pelbagai untuk mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu dan subjek-subjek lain. kemahiran yang saya perolehi ini pastinya dapat membantu saya apabila berada di sedkolah kelak kerana pada waktu, tentunya banyak bahan bantu mengajar yang perlu disediakan dan memerlukan saya menggunakan elemen berbantukan komputer untuk memudahkan tugasan saya.

MINGGU KEDUA
Tugasan amali pada minggu kedua merupakan kesinambungan daripada tugasan pada minggu pertama iaitu mencari dan memilih bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin carian di internet seperti google, yahoo, youtube dan sebagainya. Namun, yang membezakannya ialah, saya dan rakan-rakan perlu mengkategorikan bahan-bahan tersebut mengikut tiga kemahiran asas berbahasa iaitu kemahiran lisan, membaca dan menulis.   Bahan-bahan yang berbentuk grafik, audio dan video sememangnya membantu dalam proses meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran tersebut.
Melalui tugasan amali ini, banyak kebaikan yang telah  diperoleh terutamanya dalam pengumpulan bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kesemua bahan yang dikumpul adalah mengikut kategori kemahiran bahasa iaitu lisan, membaca dan menulis dan dalam setiap kemahiran tersebut bahan -bahan yang dicari diasingkan mengikut jenis iaitu bahan berbentuk teks, grafik, audio dan video. 

MINGGU KETIGA
Pada minggu ketiga pula, tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mencari dan memuat turun bahan yang mengandungi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Setelah itu, kami dikehendaki untuk memindahkan maklumat yang saya peroleh itu ke dalam bentuk brosur dan Power Point. Bagi melaksanakn  melaksanakan tugasan ini, saya telah menggunakan kemahiran dalam menggunakan enjin carian Google dan Yahoo bagi mencari maklumat yang berkaitan Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet tersebut.
Selain itu, saya dan rakan-rakan juga telah diberikan tugasan tambahan iaitu menghasilkan sekeping Kad Ucapan Hari Raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Melalui tugasan ini, saya bukan sahaja terdedah kepada dunia komputer dan internet, malah saya juga dapat melatih diri untuk  menggunakan kemahiran kreatif dan kritis bagi menghasilkan sesuatu yang menarik. 
Ringkasnya, tugasan amali ini sangat wajar dipelajari kerana selain memberikan saya kemahiran menggunakan komputer dan internet, saya juga dapat memindahkan maklumat ke dalam bentuk Power Point dan brosur serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang tatacara dan etika penggunaan internet.  
MINGGU KEEMPAT    
Pada minggu keempat pembelajaran, saya dan rakan-rakan yang lain telah diberikan tugasan untuk mencari dan memilih mana-mana bahan yang berkaitan dengan Pengajaran Bahasa Melayu melalui internet. Dalam konteks ini, kami diminta untuk menumpukan carian terhadap bahan sastera, bahan tatabahasa dan juga bahan bidang ilmu lain.
Bagi saya sendiri, tiada sebarang masalah yang timbul kerana semua maklumat tersebut seperti berada dihujung jari sahaja memandangkan pada masa kini, bahan-bahan tersebut mudah didapati. Apa yang penting adalah sikap rajin mencari setiap bahan yang diperlukan dalam laman sesawang internet.

MINGGU KELIMA    
Minggu kelima merupakan minggu yang agak mencabar bagi saya sendiri kerana pada minggu ini saya dan rakan-rakan diminta untuk membina dan menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. 
Melalui tugasan ini, saya telah memperolehi banyak pengetahuan terutamanya tentang prosedur pembinaan tapak pembelajaran, prosedur pembinaan laman web pembelajaran dan juga cara-cara untuk menghasilkannya.

No comments:

Post a Comment